
Oh ya, terlupa saya ingin ucapkan. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Raya pada tahun ini, pihak KPKM telah berjaya merebahkan empat ekor unta. Yikes! Sejarah barulah kiranya ni. Mengikut kata YDP KPKM, Sohibussamahah Al-Ustaz Adnan bin Wazir, sebelum ini KPKM belum pernah membuat sembelihan sebanyak tahun ini. Alhamdulillah, majlis jamuan yang dibuat pada hari raya kedua, iaitu pada hari seterusnya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik! Chaiyyok lah, KPKM! ;)
Bercakap tentang jamuan, saya baru sahaja pulang dari jamuan Hari Raya yang diadakan di Ma'adi, di rumah Kak Puteri, guru bahasa Inggeris di ARMA. Selesai sahaja menjamu perut, saya dan sahabat, Don Danial, dikejutkan dengan sesuatu. Oleh kerana Don mendapat tempat pertama dan saya kedua pada sesi terakhir Kak Puteri mengajar conversation english, kami disuruh untuk memberi ucapan di khalayak. Sudahlah cuaca sejuk, bila disuruh berucap dalam bahasa Inggeris di hadapan tetamu... bertambah sejuk tubuh saya jadinya! But it turned out Don sahaja yang memberikan speech. Dada saya urut. My neck is saved! saya menjerit dalam hati. :))
Ala kulli hal, dalam menghadapi tugasan baru yang baru sahaja diterima, saya perlu juga menghadapi tekanan syita. Di malam hari, suhu sering jatuh hingga ke tahap sepuluh darjah celcius. Kadang-kadang bagai nak rak terasa sejuknya. Masakan tidak, berpakaian tiga lapis dan bergulung dalam saratoga pun belum tentu dapat mengelakkan penangan angin malam yang menusuk hingga ke sum-sum!
Alhamdulillah saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sebegini. Serba-sedikit Mesir mengajar saya menjadi manusia yang lebih matang dan lebih dewasa. Tidak mudah mengeluh dalam ujian-Nya atau menyerah kalah di saat getir yang dilalui saban hari. Insya-Allah saya akan cuba untuk menghadapi ujian-Nya di masa akan datang dengan lebih tabah. Doakan saya!