
Setelah mengekang mata hampir satu malam, berjaya saya siapkan koleksi kartun dalam bentuk PDF (memerlukan Adobe Reader untuk membacanya) yang dinamakan Han Ri Collectibles Comics (HCC). HCC ialah kompilasi karya-karya yang sudah siap, separa siap, tak siap, tergendala, WIP (work in progress) dan lain-lain.
Mahu baca? Muat turun di sini. Anda perlu ikuti langkah-langkah yang telah saya tuliskan di situ untuk mendapatkan fail pdf dengan tiada menghadapi apa-apa masalah, insya-Allah.
Sila kemukakan soalan, pada bahagian komentar di bawah entri ini, jika ada kemusykilan semasa memuat-turun. Saya akan cuba bantu.
Kemaskini - 4:32 PM. Pautan (link) sudah diperbaiki. Anda tidak perlu muat-turun 7-Zip. Cukup sekadar WinRAR atau WinZIP. Terus ekstrak selepas muat-turun fail bersaiz 12Mb. Segala kesulitan amat dikesali.