Tak semena-mena saya berpidato pula. Lari bidang ni, cik abang. Tak apalah, sekadar mahu mengiklankan, tak salah, bukan?Aha, sesiapa yang berminat boleh rujuk kepada Setiausaha BKAN dan DPM masing-masing. Syarat-syarat penyertaan dan butiran ada termaktub di laman web PMRAM. Terbuka untuk ikhwah di perlembahan Nil.
Cepat daftar sebelum terlambat!P/S: Mengapa sekonyong-konyong saya mengiklankan program ini? Entah. Mungkin ada pegang jawatan kot? 
Setelah berhempas-pulas memerah keringat, akhirnya siap juga episod pertama Budak Bionik yang akan dimasukkan dalam komik PMRAM; al-Fityan, edisi kedua. Akhirnya! Bukan senang nak siapkan episod pertama ni. Terpaksa berdepan dengan karenah laptop yang acapkali hang, kemalasan (sudah tentu!), dan lain-lain faktor yang melengahkannya siap.
Syukur, permulaannya sudah beres. Harap-harap diberi kekuatan untuk menamatkannya. Doakan!
(klik untuk paparan yang lebih jelas)
Kartun ini telah dihantar ke Suara Kampus Edisi Perak (ATOM). Saya akui, walaupun panel-panelnya diletakkan sebegitu dan talk bubbles dijarakkan begitu jauh, ia masih terasa kekok untuk dibaca, seperti yang dikomentar oleh saudara Pultraman di dalam forum Alwancomics.com Maaf banyak-banyak ya. Akan perbaiki di masa akan datang.
(Header untuk hanristudio yang tak sempat ditampal :3)
Aih, apa kes? Macam mana ada 2.0 pula?
Kesinambungan sebenarnya. Sebelum ni sibuk, lepas ni semakin sibuklah kot. Tapi rasa-rasanya macam nak punggah saja sedikit beban di pundak (ketawa sinis). Tapi tak apa. Selagi ada kekuatan, akan digagahkan juga kaki untuk melangkah, tangan untuk menulis (atau melukis). Apa-apapun, selamat maju jaya untuk sahabat-sahabiat di bumi Kinanah ini.
Ganbatte yo!