Saya agak sibuk hari ini melawat dua orang rakan lama yang sekelas semasa di bangku sekolah
rendah. Terasa muda kembali bila bermain permainan video PS2 bersama-sama. Balik rumah dalam keadaan letih, saya terbaca notis pemotongan
bekalan elektrik di almari buku. Saya mula kalut. Mujurlah saya
perhatikan semula. Notis tersebut telah tiga tahun usianya.
Dengan itu, secara otomatisnya, strip kartun di atas terhasil.
---
Di bawah ini pula saya tidak tahu apakah bendanya. Hanya mengikut 'kata' tangan yang memetik butang tetikus dalam perisian Paint. Saya amat jahil melukis menggunakan tetikus.