Ah, peduli apa. Sekarang demam sakit kulit sudah beransur pulih dan saya bakal menemui anak-anak murid yang merindui saya (haha) di awal bulan Julai, dengan izin Allah.
Kali ini demam melukis sudah kembali. Ya. Entah mengapa tiba-tiba hari ini rasa melukis itu membuak. Mungkin kerana saya sudah bosan sakit demam. Mungkin juga demam menikmati permainan video Splinter Cell Conviction.
Lakaran visual | Sam Fisher semasa Ubisoft mengumumkan kelahiran Splinter Cell Conviction beberapa tahun lalu. Kini, rambut beliau dipotong pendek.
Atau mungkin juga semangat saya untuk melukis sudah pulih. Mengapa? Mungkinkah sudah ada seseorang di hati? Hah, itu jawapan yang akan anda ketahui tak berapa lama lagi. Haha. Apa yang penting, jangan kecewa mendengar jawapan tersebut ya! ;)
Adakah ini komik saya? Sudah episod 13?