Ah, peduli apa. Sekarang demam sakit kulit sudah beransur pulih dan saya bakal menemui anak-anak murid yang merindui saya (haha) di awal bulan Julai, dengan izin Allah.
Kali ini demam melukis sudah kembali. Ya. Entah mengapa tiba-tiba hari ini rasa melukis itu membuak. Mungkin kerana saya sudah bosan sakit demam. Mungkin juga demam menikmati permainan video Splinter Cell Conviction.
Lakaran visual | Sam Fisher semasa Ubisoft mengumumkan kelahiran Splinter Cell Conviction beberapa tahun lalu. Kini, rambut beliau dipotong pendek.
Atau mungkin juga semangat saya untuk melukis sudah pulih. Mengapa? Mungkinkah sudah ada seseorang di hati? Hah, itu jawapan yang akan anda ketahui tak berapa lama lagi. Haha. Apa yang penting, jangan kecewa mendengar jawapan tersebut ya! ;)
Adakah ini komik saya? Sudah episod 13?
9 ulasan:
Salam..wahh..memukau je mata karakter potret hasil 'charcoal' tu..
mana episod yg lain ni Mior.. oh, saya dah ketinggalan nak beli.. ;D
Jangan terpukau, nanti tertunda ibadah, saya juga yang susah. :)
Episod 1 dalam pembikinan rasanya. Haha.
perghh... windu ah lukisan cik hanri...
:)
dah lama tak bersua, hehe.. makin keren aja tu tangannya menggores..!!
saya tergamam tgk gambar yg 1st tuh
peh, kencang cikgu Han Ri ni melukis.
haha, sronok ya jumpa balik anak2 murid. Selamat mengajar ya.
Tergamam buat apa, EA? Anda lebih hebat. Berpuluh-puluh gambar potret sudah anda lukiskan. Kesemuanya buatkan saya lebih tergamam daripada anda melihat lukisan saya. :)
Keseronokan berjumpa mereka belum terasa lagi sebab belum jumpa lagi. Ada seminggu lagi cuti sakit. Penantian suatu penyeksaan! ^_^
subhanALLAH..cantiknya potret itu pandai lukis:) (mcm baru tahu je huhu)
Allahu Akbar.
Maha suci Allah yang meminjamkan pelbagai kebolehan kepada manusia.
Catat Ulasan