The Bloglord
- Mior Khabir Zikri
- Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.
26 Februari 2008
Hari Kekasih, Azhari, dan...?
06 Februari 2008
Sorotan Akhir dan Awal Bulan
Kartun
Untuk komik PMRAM yang akan diterbitkan tak lama lagi (khabarnya), saya perlu menghantar beberapa muka
Tetapi kerana saya ada kerja lain yang perlu disiapkan, tanpa disangka saya dapat menghabiskan beberapa muka
Kenapa Han Ri?
Han Ri bukanlah nama saya. Itu yang jelasnya. Saya sendiri pun tertanya pada awalnya, bagaimana saya mendapat nama ini. Adakah sebahagiannya adalah nama seseorang yang istimewa bagi saya dan sebahagian yang lainnya adalah nama saya sendiri? Boleh jadi ini persepsi anda.
Tidak. Han Ri sebenarnya diambil daripada nama saya dan nama ayah saya sendiri, mior kHAbir zikRI mior ahmad zaiNi. Ambil huruf-huruf yang dibesarkan (capitalized) dan susun semula. Menarik, bukan? Tapi alangkah bagusnya kalau ini adalah realitinya. Haha, gurau saja.
Jangan terkejut. Han sebenarnya adalah tajuk kartun pertama yang saya lukis setibanya saya di Mesir dan telah diterbitkan di dalam Suara Kampus Edisi Kelantan keluaran bernombor 37. Han adalah nama ringkas bagi seorang muslimah Melayu (anda boleh mentafsirkannya seiring selera anda; RaiHANa, HANim, FarHANa, atau apa saja) dan saya fikir Han boleh dijadikan watak tetap di dalam karikatur-karikatur saya dan insya-Allah menjadi model kartun muslimah remaja di zaman sekarang. Tak mustahil suatu hari nanti saya menghimpunkan semua watak tetap dalam cerita-cerita saya dan menjadikan satu cerita panjang lalu dibukukan. Ceh, angan-angan saja tu.
Beralih kepada Ri. Mudah saja. Saya rasa anda sudah dapat mengagak perkataan dua huruf ini berasal dari mana. Iya, tepat. Ia diambil dari (maaf jika penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’ tidak betul) nama ketiga saya, ZikRI. Senang saja, sih.
Ringkasnya, Han adalah nama watak kartun pertama saya di Mesir dan Ri pula mewakili dua huruf terakhir pada nama ketiga saya, digabungkan maka terbitlah Han Ri.
Case closed.
KELAP (Kem Latihan Penulis PMRAM) Kali ke-2 (2 dan 3 Februari 2008)
Cukup dengan metafora. Secara peribadi, bagi saya, program kali ini berjalan baik dan lancar walaupun ada sedikit calarnya. Tak mengapalah. Adat barnamij, tidak ada yang sempurna melainkan ada sedikit terpalit celanya.
Apapun, jauh di dasar kalbu, saya sangat berpuas hati. Banyak teori penulisan dan penerbitan diketengahkan walau dirasakan terlalu banyak pula yang masuk ke dalam benak hingga tidak mampu saya meladeni karya-karya kartun untuk disemak malam itu.
Tahniah kepada PMRAM, tahniah kepada ADABUNA. Terima kasih kepada moderator dan ahli panel yang terlibat, juga buat mentor-mentor saya, Hisyam, Zaki, dan kakanda saya, Sammaituha Najwa. Kalian menyalakan pelita semangat untuk saya terus berkarya. Tanpa kalian, kemungkinan besar saya tidak ada keyakinan untuk menulis lagi sehingga sekarang. Jazakumullahu khairan jazaa’.
04 Januari 2008
Prolog Tahun Ini
Minggu lepas saya mengalami batuk kuat, selesema berpanjangan, dan denyutan kuat di bahagian kepala sehingga hampir mustahil untuk saya berjalan dengan baik. Alhamdulillah, keluarga, insan-insan tersayang, ahli bait, dan rakan-rakan 'maya' tidak putus-putus memberi sokongan moral. Sehingga ada pihak yang me'ngepek' kerana saya begitu cuai, tidak mengambil cakna akan perihal kesihatan sendiri. Jangan bimbang, saya sudah kembali pulih. Cuma terpaksa berhadapan dengan ketidakselesaan hidung yang selalu berair.
Apapun, terima kasih atas perhatian dan sokongan kalian yang prihatin akan keadaan saya di sini.
Projek oh projek...
Dijangka akan berhadapan dengan 2 projek besar di samping 2 projek kecil. Entah bila akan bermula, tidak diketahui. Insya-Allah selewatnya pada awal bulan 2 selepas semua habis imtihan.
01 Januari 2008
Terus Ke Hadapan!
Bebanan tanggungjawab pada tahun lepas akan menjadi lebih berat tahun ini. Hampir-hampir putus asa, tapi mengenangkan jasa insan-insan tersayang di tanahair, segala hal peribadi diketepikan.
Masa untuk kumpul kekuatan dan bangun semula untuk hadapi cabaran baru!
22 Disember 2007
Komik baru - PROJECT_22
Pada mulanya saya ada berhajat nak terbitkan komik islamik solo dan kartun bersiri yang diberi nama Project_22 akan dimasukkan sekali dalam komik tersebut. Tapi memandangkan baru-baru ini saya mendapat tawaran melukis bersama untuk komik yang akan diterbitkan oleh PMRAM, saya terus tidak jawab 'tidak'. Saya setuju. Lagipun, ada saluran lagi baik. :DOh ya, terlupa saya ingin ucapkan. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Raya pada tahun ini, pihak KPKM telah berjaya merebahkan empat ekor unta. Yikes! Sejarah barulah kiranya ni. Mengikut kata YDP KPKM, Sohibussamahah Al-Ustaz Adnan bin Wazir, sebelum ini KPKM belum pernah membuat sembelihan sebanyak tahun ini. Alhamdulillah, majlis jamuan yang dibuat pada hari raya kedua, iaitu pada hari seterusnya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik! Chaiyyok lah, KPKM! ;)
Bercakap tentang jamuan, saya baru sahaja pulang dari jamuan Hari Raya yang diadakan di Ma'adi, di rumah Kak Puteri, guru bahasa Inggeris di ARMA. Selesai sahaja menjamu perut, saya dan sahabat, Don Danial, dikejutkan dengan sesuatu. Oleh kerana Don mendapat tempat pertama dan saya kedua pada sesi terakhir Kak Puteri mengajar conversation english, kami disuruh untuk memberi ucapan di khalayak. Sudahlah cuaca sejuk, bila disuruh berucap dalam bahasa Inggeris di hadapan tetamu... bertambah sejuk tubuh saya jadinya! But it turned out Don sahaja yang memberikan speech. Dada saya urut. My neck is saved! saya menjerit dalam hati. :))
Ala kulli hal, dalam menghadapi tugasan baru yang baru sahaja diterima, saya perlu juga menghadapi tekanan syita. Di malam hari, suhu sering jatuh hingga ke tahap sepuluh darjah celcius. Kadang-kadang bagai nak rak terasa sejuknya. Masakan tidak, berpakaian tiga lapis dan bergulung dalam saratoga pun belum tentu dapat mengelakkan penangan angin malam yang menusuk hingga ke sum-sum!
Alhamdulillah saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sebegini. Serba-sedikit Mesir mengajar saya menjadi manusia yang lebih matang dan lebih dewasa. Tidak mudah mengeluh dalam ujian-Nya atau menyerah kalah di saat getir yang dilalui saban hari. Insya-Allah saya akan cuba untuk menghadapi ujian-Nya di masa akan datang dengan lebih tabah. Doakan saya!