The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

18 Januari 2009

Project 22 - Diperbaharu!

Setelah lama diperam, akhirnya saya berjaya mengemaskini beberapa watak komik yang paling saya sayangi. Project 22. Sebelum ini pernah saya bicarakan tentang komik ini. Oleh kerana cara pemakaian watak utama tidak begitu kena dengan selera saya, maka saya mengambil inisiatif untuk melakukan pembaharuan padanya.

Watak utama
Satu-satunya protagonis di dalam cerita ini ialah seorang lelaki yang tidak diketahui apa-apa tentang dirinya. Kisah hidupnya sebelum ini (apa yang terjadi padanya, siapa dia yang sebenarnya, dll) akan dirungkaikan secara perlahan-lahan mengikut perkembangan jalan cerita. Bersenjatakan twin katana dan memakai robe ala Altaïr di dalam permainan video Assassin's Creed, watak ini membawa imej seseorang yang perlu melakukan sesuatu perubahan pada ketika tiada seorang pun yang berani berdiri melakukannya.

Latar tempat dan masa
Kisah ini diolah dan diadaptasi untuk diceritakan pada zaman sekarang, wujud senjata api dan teknologi yang semakin membangun, tetapi tidaklah sebegitu canggih seumpama yang digambarkan di dalam kisah-kisah sains fiksyen.

Project 22 akan diselang-selikan dengan komik Demi Cinta, insya-Allah. Jika ada kelapangan, saya akan mengemaskini kerja-kerja ini secepat mungkin.

Watak utama ketika berhadapan dengan salah seorang antagonis.

04 Januari 2009

Hijrah, Jom!


Alt+F4 perangai buruk, Alt+Enter perangai baik!
(Klik untuk imej yang lebih jelas)

28 Disember 2008

1430

Setahun lagi berlalu. Umur tidak bertambah, bahkan berkurang. Semakin hari, kita semakin mendekati hari yang selepasnya tiada bermakna lagi harta dan pangkat, melainkan tiga. Tiga yang bisa menyambung amal: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan. Persoalannya - adakah sudah kita bersedia menghadapi hari itu?

Kematian datang bila-bila masa sahaja. Tika masanya tiba, kematian akan hadir, tiada lewat dan tiada awal. Tepat. Tidaklah ia boleh dilengahkan, tidak juga mampu dipercepatkan. Ia hadir kepada semua, tidak mengira bangsa dan agama, tidak kira yang tua mahupun yang muda.

Marilah sama-sama koreksi diri, merenung, adakah sepanjang 1429 hijriah sudah dilengkapkan diri ini dengan bekal menuju ke sana; ataupun ia menjadi satu lagi tahun yang padanya penuh maksiat dan dosa. Tidak perlu menuding jari mengatakan si fulan itu banyak berbuat dosa, sedang diri hanyut dengan gelora dunia.

Sebagai seorang hamba yang lemah, saya menyusun sepuluh jari pohon keampunan dan kemaafan kiranya di sana terdapat kontradiksi pada perkataan yang mengkhilafi perbuatan. Diakui, banyak hati-hati yang terguris dek sifat diri yang tidak matang ini.

Buat Mak dan Abah, juga abang dan adik-adik, maafkan andai tersilap kata, tersalah bicara. Tegurlah diri ini jika terlangkau garis batas-Nya. Sama-samalah tolong-menolong di dalam perkara kebaikan dan tegah-menegah di dalam perkara kemungkaran.

Buat insan yang dekat di hati, thabatlah dalam berjuang. Jangan mudah rasa kecewa dan putus asa atas ujian yang melanda. Bersabarlah. Usahlah diikut diri ini yang penuh kecacatan. Sesungguhnya saya bukanlah seorang yang boleh dijadikan contoh tauladan yang baik. Apa yang baik, ambillah. Apa yang buruk, jauhilah. Ampun maaf atas segala kesilapan dan kesalahan.

Untuk rakan-rakan seperjuangan, andai terdapat secubit alpa, bantulah diri ini untuk mengingati. Andai terselit secebis kufur, pimpinlah saya ke arah syukur.

Saya bukanlah seorang yang layak memberi nasihat, jauh sekali memberi teguran. Apa yang mampu saya lakukan ialah melontarkan pandangan pada apa yang dirasakan rasional. Kepada sidang pembaca, tegurlah saya andai pada apa yang saya lontarkan ini terdapat keburukan.

Sama-samalah berazam untuk menjadi mukmin sejati. Yang mana semalam tidak serupa hari ini.

"Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal. Dan pada kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga kami memohon pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan berikanlah kami kekuatan untuk meningkatkan usaha bagi mendekatkan diri kami kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia."

Amiin, amiin, ya Rabbal-'aalamiin.

24 Disember 2008

Gears of War Fan Art!




Satu lagi testi untuk anda. Hehe. Walaupun saya tidak pernah bermain permainan video third-person shooter ini, tak mengapalah. Fan art saja pun =) Nama permainan video itu (Gears of War 2) sengaja diterbalikkan untuk memberikan efek pening-pening lalat kepada pembaca. Heheh.

16 Disember 2008

Sedih, Kecewa, dan... (bahagian 2)


Tajuk poem yang akan dimasukkan dalam komik Al-Fityan edisi ketiga. Hehe. Catchy? No lah.