The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

05 Februari 2009

Akhirannya...


Pernah sekali saya bermimpi terjadi seperti ilustrasi di atas. Ditusuk di dada kiri dengan alat semacam tombak. Seakan menghampiri saat kematian. Sudah lama rasanya saya alami mimpi ini. Mungkin sebelum memasuki tingkatan 5. Oh ya, pernah sekali lagi bermimpi semacam ini. Di waktu saya darjah 4 atau 5. Tak ingat. Sudah pudar.

Yang masih segar di ingatan ialah sedar-sedar saja dari tidur, terasa pedih di dada kiri, seakan ia betul-betul ditusuk sesuatu yang tajam. Sangat menyakitkan sampai meleleh air mata.

Ya, saya pernah memberitahu seseorang. Saya ingin mati dibunuh. Mati terkorban di jalan-Nya. Namun saya masih tidak pasti. Adakah saya bisa gagah untuk segala yang bakal diharung? Adakah saya mampu mempersiapkan diri untuk menghadapinya?

"Tutuplah kisah hidupku dengan penutup yang baik, ya Allah. Dan aku merayu pada-Mu, agar janganlah Engkau mengakhirinya dengan kesudahan yang buruk."

04 Februari 2009

Bangkit Semula!

Seminggu dua berada dalam keadaan yang agak down. Badan bermasalah, selepas satu penyakit hilang, penyakit lain bertandang. Demam. Habis demam, selesema. Lepas tu diarrhea. Fizikal dan mental memang down! Memang perlukan sokongan dari teman untuk melegakan dan membuat hati lapang. Namun, tunggu punya tunggu, tiada satu pun datang. Mengharap pula pada insan-insan tersayang. Tiada juga menampakkan bayang.

Mujur Abah menelefon memberi khabaran.
"Keluarga di tanah air semuanya dalam kesihatan.
Janganlah Angah, jangan kebimbangan.
Diam di sana hanya lagi beberapa bulan.
Tak lama kemudian kami nantikan kepulangan."

Pada Abah saya khabarkan.
"Kesihatan diri tidak berapa keruan.
Kepala berat asyik kepeningan."
Abah membalas, agak sindiran.
"Biasalah, agak lama duduk berjauhan.
Tak hairanlah kalau sudah kerinduan.
Sekejap demam, sekejap mampu ditahan.
Jagalah diri, jaga keselamatan.
Belajar di sana biar bersungguhan.
Biar balik dalam kejayaan."

Kata Abah jadi kekuatan.
Pada saya untuk kembali berjalan.
Jalan ini bukan sekadar jalan.
Ini jalan menuju kejayaan.
Mimpi bukan sekadar impian.
Mimpi untuk dijadikan kenyataan!


*Sesi memberi semangat kepada diri, tamat.*
**Sesi memberi tenaga bermula. Nights ;) **

"I am not powerful and agile,
But just too slothful and fragile.
Need people to take care and pamper,
and to rearrange myself,
my life in the most proper."

-Unbeknown

27 Januari 2009

Hati oh Hati, Tabahlah!


Seringkali didengari pepatah Inggeris: absence makes heart grow fonder. Semasa di darjah dua, saya tidak pernah dapat memahami makna dua perkataan pada pepatah ini iaitu absence dan fonder. Sekarang, saya sudah mampu memahami keseluruhannya. Bagaimana?

!من لم يذق لم يدري

Untuk lebih memahami sesuatu, anda perlu merasainya! Hati ini makin rindu pada kampung halaman, suasana aman Taman Desa Bakti.


Ya Tuhan, tabahkanlah hatiku. T_T

26 Januari 2009

Ingatlah


Kurang sihat seminggu dua ni. Di kesempatan ini, saya mengajak diri dan sidang pembaca agar sentiasa ingat kepada Tuhan empunya dunia. Tanpa cinta dan kasih-Nya, kita yang sering berbuat noda tentu telah lama mendapat seksa.

Sama-sama luangkan masa untuk beristighfar, semoga diri yang sarat dosa diampuni Al-Ghaffar.

25 Januari 2009

Kemaskini H·R Studio - 25 Januari 2009

Kemaskini sehingga tarikh ini:
  • 19 Jan - mengemaskini segmen Tahukah Anda? dan meletakkan Pandangan di bawah setiap entri untuk memudahkan pembaca memberi pandangan pantas tentang setiap entri yang dipos.
  • 20 Jan - meletakkan elemen Follower untuk kemudahan pengguna Blogger.
  • 22 Jan - meletakkan Pautan Pintasan bagi memudahkan pembaca terus ke imej kartun bersiri yang diletakkan di blog. Insya-Allah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • 24 Jan - membuat segmen Han Ri Says... yang akan dikemaskini setiap 10 hari. Imej yang sama, hanya kata-kata di dalam talk bubble tu yang akan diubah.
Selamat berlayar. Happy surfing. =)

**Kemaskini - 4 Februari 2009