The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

16 Mac 2009

Sindrom Malas Angkat Telefon


Geram juga sehari dua ni bila ada orang yang ditelefon tidak mengangkat panggilan. Kalau selepas tu beri mesej minta maaf kerana tidak dapat mengangkat telefon, atau notis sibuk, tak mengapalah. Bila dah sampai lebih dua, tiga hari, pun tak beritahu mengapa tidak dapat mengangkat telefon, siapa tak geram?

Anda tak geram? Tak apalah. Yang penting saya geram.

Bukan apa, kita ada urusan penting. Orang tersebut sahaja yang boleh menyelesaikan urusan itu. Tak dapat tidak, perlu berhubung juga dengan si polan tadi. Lebih-lebih lagi bila dia biarkan telefon berdering lama, macam nak dengar nada dering telefonnya pula. Cis.

"Alahai, hantar SMS sajalah. Apa kes nak kecoh-kecoh?"

Andaikan orang itu tak ada kredit? Sebab tu saya telefon. Senang. Jimat masa. Jimat kredit. Baiklah, di sini saya kongsikan cara saya untuk mengelakkan orang yang ingin berurusan dengan saya terus tertunggu-tunggu. Ah, geram!

1. Jika anda sibuk (ada mesyuarat, program, dan lain-lain), dan anda enggan menutup telefon bimbit anda, pastikan anda mempunyai kredit untuk mengisyaratkan (memberi SMS) bahawa anda sibuk dan supaya dia berhubung ketika itu dengan penghantaran SMS. Tapi lebih elok jika anda meminta izin untuk keluar sekejap untuk menjawab panggilan, andai anda rasakan ia satu urusan yang agak penting.

2. Jika anda tidak mahu diganggu, sama ada anda berada di dalam mesyuarat, program, mahupun sedang tidur, sebolehnya tutuplah telefon bimbit anda dahulu. Si pemanggil, tidak dapat tidak, dengan akal yang waras, akan terpaksa mencari alternatif lain untuk berhubung dengan anda. Baca: objektif perkara ini dilakukan ialah untuk mengelakkan pemanggil tertunggu-tunggu, bukan untuk menyelesaikan urusan si pemanggil.

3. Jika (perkara 1), dan orang itu masih mencuba untuk menelefon anda, reject panggilannya secepat mungkin untuk menandakan anda sibuk.

Waktu solat, jangan lupa untuk menutup telefon bimbit anda (atau sekurang-kurangnya vibrate only) supaya tak mengganggu jemaah. Erm, sebenarnya saya ingin lagi sambung celoteh ini. Masa mencemburui, imtihan sudah menghampiri. Persediaan? Hanya Allah ketahui.

Sedang geram yang teramat ni. Anda ingin kongsi atau kritik? Silakan!

08 Mac 2009

Kelahiran Kedua

Alhamdulillah, saya rasakan ulangtahun kelahiran kali ini lebih bermakna dengan lahirnya orang baru. Eh, tak. Saya belum kahwin, masakan pula sudah beranak dua! Al-Fityan edisi kedua yang sudah lahir, bukannya bayi. Haha.

Seperti lazimnya, banyak onak dan cabaran perlu saya dan rakan-rakan krew Al-Fityan untuk menyiapkan komik ini. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua, ia akhirnya dapat diterbitkan walau memakan masa yang agak panjang. Alhamdulillah.

Sebagai Ketua Editor, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat, secara langsung:
- Presiden dan Raisah PMRAM,
- Ustaz Malik dan Ustazah Mazni (Pengarah Urusan dan Timbalan Pengarah Urusan),
- Ustazah Fadhlina Yusoff (Timbalan Ketua Editor - yang selalu kena laser dengan saya =] ),
- barisan editorial (Ustaz Alias Chik, Ustaz Nasrul Lagendaseni, Ustaz Syafiq, Ustazah Basyirah, Ustazah Nihalimoh @ Kak Nik, Ustazah Azlina Idris, Ustazah Lailati Mahat, Ustazah Afzan Kassim, Ustazah Maisarah, Ustazah Atikah Rahman, dan Ustazah Suzainney Ahmad),
- Kanben (pelukis tamu),
- Freshie (juruwarna ilustrasi kulit hadapan),
- designer (Ustaz Fahmi dan Ustaz Tarmizi ex-designer =] ),
atau tidak langsung. Semoga Allah membalas jasa kalian!

Klik dan Save As untuk memuat-turun iklan bersaiz A4.

06 Mac 2009

Selangkah Lebih Dekat

One Step Closer. Linkin Park. Hehe. Tak, bukan bermaksud untuk menyanyikan lagu barat tu. Tak ada kena mengena langsung dengan lirik lagu tu. Dan tak best pun lagunya. Heavy metal. Tak apa, tak perlu dengar. Tak berdosa pun kalau tak dengar. Dengar bacaan Al-Quran lagi bagus. =]

Lebih dekat yang saya maksudkan di sini ialah lebih dekat dengan penghujung hayat. Sebagai peringatan buat diri dan rakan pembaca, tak perlu sambut sangat pun hari lahir ni. Ia satu benda yang berlaku setiap tahun. Program tahunan.

Tapi kenapa pula perlu sambut sedangkan kita semakin dekat dengan ajal?

Sesetengah orang berpendapat mereka melakukannya atas tujuan mensyukuri nikmat usia. Bukan sekadar memberi infak dalam bentuk jamuan makanan sahaja, tetapi juga bersyukur atas apa yang dikurniakan Allah selama hidup di atas muka bumi-Nya.

Saya sudah 21. Berapa tahun/bulan/hari/jam/minit/saat lagi agaknya baki umur saya ya? Apapun, terima kasih kepada yang memberikan ucapan dan tazkirah buat ulangtahun kelahiran saya. Semoga anda dirahmati Allah jua.

17 Februari 2009

Demi Cinta ep 2

11-12

Seperti yang dijanjikan! Demi Cinta episod 2. Sebenarnya dah buat 4 muka surat (2+2) tapi sebab masih malas nak edit + laptop selalu buat hal, maka saya tangguh dulu. Ya, saya tahulah kerja bertangguh tak menjadi. Tapi ni lain kes. Senang-senang, yang orang sebut KIV tu la. Keep in view.

Entah apa maksudnya, tak tahulah labu. Ah, lagi senang kalau sebut postpone!

Apapun, sabar-sabarlah ya menunggu. Saya dah bagi amaran awal, jangan baca komik ni kalau rasa tak sabar nak tunggu sambungan. Hehe. Ops, sedang ada banyak kerja ni sebenarnya. Ponteng kerja sekejap tak salah, kan?

Sehingga berjumpa lagi di halaman-halaman seterusnya. Adieau!

13-14 *kemaskini - 22 Februari*


Untuk menjimatkan ruang entri, saya memutuskan untuk meletakkan kesemua 10 mukasurat di dalam satu pos. Lebih memudahkan. Kan? =]

11 Februari 2009

Mengalah


Sudah sampai masanya untuk mengalah. Katakan pada diri, kamu tidak mampu membuat segalanya, memiliki segalanya, mencintai segalanya, menyukai segalanya. Sudah tiba waktunya untuk mengakui kekerdilan diri. Setelah sekian lama merasa 'mampu' dan 'boleh', sekaranglah masanya untuk mengatakan 'tidak'.

Bukan mengalah pada takdir. Tidak pula mahu salahkan takdir. Hanya mahu diri ini menjalankan taklifan sesempurna mungkin. Banyak taklifan, banyak bebanan. Banyak bebanan, sukar capai kesempurnaan.

Tidaklah pula ingin menjadikan kesempurnaan itu sebagai tujuan.

P.S : Demi Cinta episod 2 akan dimuatnaik tak lama lagi.