The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

18 Julai 2009

Baru Lagi (?)


- Siri kartun tiga gadis di perlembahan Nil (bagaimana pula saya tahu kisah perempuan sedang saya seorang lelaki? Ini rahsia :> )

- Awalnya akan dimasukkan ke dalam salah satu: Komik Biah Solehah atau Suara Kampus Perak (ATOM). Kalau difikirkan tiada halangan, mungkin akan dimasukkan menjadi entri ke blog ini juga, insya-Allah.

- Siri ini tiada kesinambungan; tiga watak ini di'cipta' hanya sebagai 'pelakon' utama untuk menyampaikan mesej.

- Tidak juga mempunyai jalan cerita yang linear.

- Tidak perlu rasa ternanti-nanti. Saya tidak menjanjikan ia akan dimasukkan ke blog ini.

07 Julai 2009

Gagal



Entri ini ditujukan khas untuk mereka yang tidak direzekikan untuk mencapai kejayaan pasca-imtihan syahadah (termasuk saya).
Baca: entri ini tiada luahan perasaan kerana saya bukanlah jenis yang suka meluahkan perasaan secara terbuka. Harap maklum.


- Kegagalan bukan erti kekalahan. Ia hanya bererti anda tidak menggunakan cara yang berkesan. Gunakan cara lain yang dirasakan lebih berkesan untuk peperiksaan akan datang.

- Bersyukurlah kerana 'digagalkan'. Adakalanya orang yang sudah mencapai kejayaan, kitab-kitabnya, ilmu-ilmunya hilang entah ke mana, tidak diketahui. Dengan adanya kegagalan, anda diberi peluang untuk mengulangkaji serba-sedikit tentang apa yang telah anda pelajari. Paling tidak, anda dapat memantapkan lagi ilmu yang ada.

- Jangan bersedih atas kegagalan. Jika kegagalan sebegini sudah menjatuhkan anda, bagaimana pula hendak menghadapi kegagalan atau cabaran yang lebih besar di masa akan datang?

- Usah lupa iringi doa. Kadang-kadang manusia lupa pada Tuhannya walau di waktu yang sepatutnya.

- Doakan saya untuk peperiksaan pusingan kedua (daur thani) di pertengahan Ogos ini.

24 Jun 2009

Minni Lakum 1

terima kasih encik Meo!

Kemaskini: 5 Julai.

- Bercadang untuk membuat kartun "Minni Lakum" secara bulanan. Tapi, tertakluk kepada perubahan. Kalau rajin, akan dipos. Jika sebaliknya, fikir sendirilah ya.

- Komik Demi Cinta akan dihentikan buat sementara waktu. Maaf buat yang menunggu (jika ada).

20 Jun 2009

Persepsi Pertama

(tulisan ini ialah respon ringkas kepada tulisan saudari Tasneem Sayorwan: Your first perception?

Saya mulakan kalam usai tamat peperiksaan akhir di Mesir tempoh hari dengan sebuah artikel ringkas yang digarap berdasarkan pendapat umum dan pengalaman peribadi.

Apakah persepsi pertama?

Saya tafsirkannya sebagai suatu tanggapan atau pemikiran seseorang apabila mula-mula melihat sesuatu atau seseorang sebelum menelitinya dengan lebih terperinci. Boleh jadi persepsi pertama ini suatu yang positif, boleh jadi negatif. Ia selalunya bergantung kepada ilmu orang yang melahirkan persepsi itu sendiri, juga pengalamannya dalam bergaul dengan masyarakat.

Bagaimanakah persepsi pertama yang positif?

Saya berikan contoh mudah. Anda lihat seorang yang anda tidak kenali berpakaian kemas, janggutnya persis selalu disisir, di wajahnya tidak pernah luntur seulas senyum. Persepsi pertama manusia untuk lelaki ini semestinya 'baik', 'teliti', 'teratur', dan sebagainya yang anda sendiri boleh ungkapkan sebagai sesuatu yang positif.

Bagaimanakah persepsi pertama yang negatif?

Satu lagi contoh mudah. Seorang lelaki yang berpakaian kurang kemas dan memiliki rambut yang panjang separas bahu, tetapi di wajahnya juga tidak luntur seulas senyum. Persepsi pertama manusia (selalunya), walaupun wajahnya manis dengan senyuman, personaliti dan ketrampilannya membuatkan orang lain berasa sukar untuk memberikannya markah penuh (jika ada ujian personaliti dan ketrampilan untuknya), lantas menatijahkan persepsi pertama yang agak negatif.

Bagaimana pula ilmu dan pengalaman mampu mengubah persepsi pertama?

Mudah. Orang yang mempunyai ilmu tidak mentafsir manusia dengan persepsi pertama. Orang yang mempunyai pengalaman pula tidak mengecop manusia seperti yang orang lain melakukannya melalui persepsi pertama. Contohnya, anda mengetahui bahawa bukan semua manusia yang berpakaian kurang kemas atau kurang berketrampilan tidak baik, dan bukan semua manusia yang pakaiannya branded, kemas, dan pricey mempunyai hati sesuci salju.

Hakikatnya, bukan semua orang mempunyai banyak ilmu. Bukan semua miliki jutaan pengalaman. Jadi, persepsi pertama merupakan titik tolak untuk manusia sebegini mengenali orang lain.

Ini hakikat masyarakat kita hari ini. Sebagai orang yang mahu memberikan sesuatu untuk masyarakat sekeliling, perkara ini tidak boleh dipandang remeh untuk mencapai gred tinggi persepsi pertama mereka. Mungkin juga boleh saya tafsirkan persepsi pertama ini sebagai kunci pertama untuk memenangi hati mereka. Gagal memberikan persepsi pertama yang elok bermakna gagal membuka kunci pertama itu, seterusnya menyukarkan kunci-kunci seterusnya dalam proses 'pemberian' apa yang dimiliki (ilmu contohnya) kepada mereka.

Tetapi, kebanyakan persepsi pertama ialah sesuatu yang negatif. Contohnya, seseorang yang berilmu dan warak, mempelajari banyak ilmu agama, dilihat tidak memakai kopiah (lebai) di dalam sebuah ceramah agamanya. Iyalah, masyarakat kita sudah cukup arif bahawa orang alim itu sangat sinonim dengan kopiah atau serban, masakan tidak persepsi pertama mereka terhadap si ustaz ini jatuh merudum.

Sebaiknya si ustaz menerangkan tentang perbuatannya itu yang kononnya 'bercanggah' dengan peribadi seorang ustaz. Dengan cara ini persepsi pertama masyarakat tentangnya boleh berubah dari negatif kepada positif.

Baik, saya cuba terangkan tentang hal di atas. Memang benar orang yang alim, selalunya para ustaz, di negara kita selalunya berkopiah atau berserban. Seolah sudah terlalu sinonim, ia saya rasakan seperti menjadi kewajipan kepada setiap ustaz.

Ini ialah antara tanggapan yang agak kejam bila meletakkan seorang ustaz itu di taraf yang lebih rendah hanya bila beliau tidak memakai kopiah. Seakan kopiah itu yang menjadikannya lebih elok di mata masyarakat, bukan ilmunya.

Akan tetapi, mereka yang akan terjun ke dalam masyarakat seharusnya tahu memperbaiki hal yang sedemikian. Ambil caknalah tentang persepsi pertama manusia. Walaupun ia bukan sesuatu yang wajib, ia tetap menjadi sesuatu yang penting bila ingin memenangi hati mereka.

19 Jun 2009

Resureksi

Dihidupkan semula selepas 'mati'. Akan kembali selepas diaktifkan para jemari. Pembaca sekalian, get ready!