Setelah menatap blog Encik Alif Firdaus Azis, saya terasa-rasa ingin melakar secicip kartun strip seperti yang dibuatnya. Walaupun tak kemas seperti yang dibuat Encik Alif (saya panggil beliau Tan Sri Alif), terimalah seadanya eksperimen pertama saya seperti di atas.
Alangkah 'perasan'nya tajuk di atas ini. Macam sudah buat bersiri-siri pula kisah Budak Bionik ni. Eh, memang dah ada satu siri dalam komik Al-Fityan. Siri Prolog. Siapa yang tak beli, nasib andalah ya.
Ini projek rahsia sebenarnya. Jadi, (berbisik) psst, anda tidak perlu beritahu sesiapa selepas melihat entri ini.Janji!