Januari 2001, Pulai Chondong, Kelantan.
Aku
jejakkan kaki ke bumi Kelantan lagi. Seingat aku, itu kali keempat.
Kali pertama aku datang bersama rombongan KRT Taman Desa Bakti yang
membuat lawatan ke sana. Aku seorang-seorang pula tu.
Nasiblah, memang aku ditakdirkan untuk mengembara seorang diri. Hu hu.
Kali
kedua bersama Abah, ambil borang. Pergi dengan kawan Abah. Kali ketiga
pergi bersama keluarga, duduki peperiksaan kemasukan.
Kali
keempat adalah yang paling mendebarkan. Suasana baharu, cabaran baharu,
segalanya baharu. Masa itu memang terasa nak menangis sebab tinggalkan
Mak Abah. Anak manjalah kononnya ini, haha, ceh!
Alhamdulillah
aku sebagai orang baru tak dibuli, malah dilayan dan ditunjuk ajar
dengan begitu sempurna oleh senior-senior. Aku memang sangat senyap bila
berhadapan dengan suasana baharu. Ambil masa jugalah nak biasakan.
Bolehlah aku bahagikan kepada
beberapa perkara yang perlu dibiasakan sebagai 'orang luar' untuk belajar di Kelantan.
Pertama,
dan yang paling utama, belajar membiasakan diri 'kecek Klate'.
Mula-mula nak biasakan diri, rasa pelik pun ada. Sampai perasan seorang
senior tersengih bila dengar saya dengan tidak malu menukar perkataan
'kawan' ke dalam loghat Kelantan. Biasanya perkataan yang berakhir
dengan -an atau -ang atau -am akan ditukar kepada -é, contohnya makan
menjadi maké, pasang menjadi pasé, tilam menjadi tilé.
Masa tu dah tahu perkataan yang lebih tepat ialah 'saeng/saing' bukannya 'kawe'. Rasa nak tampar saja lidah masa itu. Huh.
Kedua
ialah mencari rakan yang boleh jadi gu atau rakan berbual. Makhluk
pertama yang aku jumpa ialah Aiman Solah - bila jumpa terus cakap fasal
Pokemon. Haha, apa nak jadilah kau ini, Mior! Anuar Rashid pun boleh
juga, aku selalu pergi bilik beliau nak pinjam buku Reader's Digest.
Ketiga,
cuti. Pada awal musim pembelajaran, memang cutilah antara yang aku
nantikan. Masa mula-mula memang tak reti langsung menaiki bas ekspres.
Terima kasih kepada senior, Ustaz Nasir Razak, aku berjaya juga kembali
ke Perak. Yosh!
Masa itu memang bangga sakan. Pertama kali balik sendiri tanpa dibantu Mak atau Abah. Mestilah bangga! Ho ho ho.
Keempat
ialah sistem pembelajaran. Haha, aneh kan? Keempat! Iyalah, ini bagi
aku, sebab aku orang luar Kelantan. Mungkin orang luar Kelantan yang
lain, lain ragamnya. Huh.
Sistem pembelajaran pada masa
itu ada dua fasa. Fasa pagi iaitu belajar seperti biasa, lebih kurang
dua jam diperuntukkan untuk tasmik, dan selebihnya, hingga pukul 1.30
petang. Rehat dalam pukul 10.30.
Fasa petang pula bermula
dalam pukul 2.30 sehingga Asar. Penat, tapi sangat memuaskan hati sebab
dapat berdamping lama dengan guru-guru Quran.
Nak naik
tahun pula berdasarkan pencapaian tasmik. Kalau tak cukup silibus untuk
tahun itu bila menjelangnya akhir tahun, alamat tak naik tahunlah
jawabnya. Pencapaian aku? Nak tahu ke? Tak payahlah, malu! Hu hu hu.
Apa
yang aku boleh beritahu, aku bukanlah antara yang baik. Baik pun tidak,
cemerlang jauh sekalilah kan! Bukan salah guru Quran, Ustaz Amin
Yusoff, yang berpenat lelah mendidik dan mendengar aku tasmik. Tapi
salah diri aku sendiri yang culas dan malas. Huh.
Tapi
alhamdulillah, Allah izinkan aku naik ke tahun dua. Itu pun cukup makan
saja. Sebut fasal makan, laparlah pula. Aku nak ceritakan pula
peristiwa-peristiwa dan pengalaman aneh di MTAQ, tapi mungkin lepas ini
pulalah. Cerita seterusnya tentunya pengembaraan di tahun dua.
Psst. Bukan lapar. Mengantuk sebenarnya. Hehe. Jumpa lagi, dan salam 1433H!
(Bersambung ke Bhg. 2, insya-Allah)
sumber: Jurnal Kembara bahagian 1