Komik pertama saya sejak berada kat Mesir. Dari tahun lepas sampai sekarang tak gerak-gerak. Terhenti. Sekarang dah ada orang bagi semangat, ada la sikit idea nak teruskan lagi [senyum]. Peminat pun dah ada. Huahua. Jangan bimbanglah. Insya-Allah akan di-update, walaupun tak seberapa, tapi terimalah seadanya ya.
Saya terfikir bagaimana hendak menggunakan dua akaun Yahoo! Messenger dalam satu masa. Ingatkan perlu muat turun aplikasi parti ketiga (third party application), rupanya senang saja. Nak tau trick-nya? Cara 1: Muat turun fail ini dan aktifkannya untuk memasukkan ke dalam Registry (cuma klik dua kali pada fail ini). Perlu ingat, anda perlu tutup Yahoo! Messenger (exit) jika ia masih aktif sebelum menekan pada fail ini. Untuk menggunakan lebih daripada satu Yahoo! Messenger, anda hanya perlu klik dua kali (run) Yahoo! Messenger dan menekannya lagi untuk memasang satu lagi Y!M. Cara 2: Jika anda memilih untuk tidak menggunakan fail registry di atas, anda perlu mengubah registry secara manual. Tekan Run, taip regedit dan tekan OK. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER> Software> yahoo> pager2. Pada panel kanan, cipta satu dword dengan name Plural dan value 13. Keluar regedit dan anda boleh membuka sebanyak mana Y!M yang anda mahu. (Diambil dan diterjemah daripada simple-tricks.blogspot.com)
Di atas adalah antara kartun-kartun yang saya tinggalkan dan tak bersentuh di meja saya. Alhamdulillah sempat scan sebelum scanner saya buat perangai (kecuali artwork yang di atas sekali; di-scan di Asrama Pelajar Malaysia-Rumah Kelantan Baru a.k.a RKB). Yang tak jelas tu, klik saja sekali untuk imej yang lebih jelas.
Semalam, pembantu blog saya di Malaysia ada memberi SMS kepada saya tentang masalah peribadinya yang berlaku di sana. Saya terus minta maaf, pohon agar dia tak mengajukan apa-apa soalan tentang apa-apa masalah pada jangka masa yang terdekat ini.
Sebabnya?
Otak saya dah begitu full dengan TO DO LIST yang saya dah catatkan di laptop saya. Saya pun dah begitu tak ada masa untuk naik marah dengan perangai-perangai ahli-ahli bait yang dikasihi, begitu juga dengan sikap-sikap orang lain yang betul-betul mencabar keimanan saya. Ke'otok'an (otok-loghat Kelantan, bolehlah diertikan sebagai 'bengang') saya dah sampai peringkat Super Saiya ke-5 dah.
Sebenarnya, saya mengaku secara peribadi, saya adalah seorang yang begitu pemarah. Begitu mudah naik angin. Begitu senang jadi berang. Tapi, alhamdulillah, selepas beberapa tahun ditarbiyah di peringkat sekolah menengah, hati saya bolehlah dikatakan menjadi sangat lembut. Senang sangat dialun. Senang sangat dipujuk.
Tapi itulah.
Makin ramai pula ambil kesempatan. Tahu-tahu saja saya berhati lembut, terus rasa malas nak bertanggungjawab kalau ada buat salah pada saya, sengaja saja tak mahu minta maaf.
Kalau diikutkan, kalau saya lepaskan perasaan marah ini, boleh jadi (nauzubillah) berlaku pula kes kejadian kedua macam di Mansurah. Saya tak mahu pilih jalan tu. Ada jalan penyelesaian yang lebih baik, sesuai untuk orang yang berakal macam saya. Kalau dilepaskan aura marah tu, saya tahu saya tak akan jadi macam orang waras dah. Perkara luar waras barangkali akan berlaku.
Hari ini, saya dah menghadiri dua mesyuarat unit. Mesyuarat di sebelah pagi tak dapat saya hadiri sebab saya perlu ke kelas tambahan Qiraat Tujuh (Syatibi). Lega betul bila dah habis empat-empat mesyuarat. Berat juga kerja jadi setiausaha ni, ya?
Apa-apa hal pun, masih ada kerja perlu saya siapkan. Kemungkinan besar saya tak dapat tidur lagi malam ni. Mungkin lepas Subuh.
Saya selalu doa, harap-harap Allah beri kekuatan untuk tetapkan keadaan hati saya dalam Islam, dan selalu tabah menghadapi apa-apa ujian.
P/S: "Ya Allah, jadikanlah aku seorang penyabar seperti Ayyub, pemaaf seperti Yusuf, penyayang seperti Muhammad 'alaihimussolatu wassalaam."