The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

21 September 2008

Lambat dan Cepat, Mana Pilihan Anda

Melayu sering di'momok'kan dengan ungkapan biar lambat asal selamat. 'Momokan' ini seakan menghantui keperibadian manusia Melayu pada hari ini. Masakan tidak, kebanyakannya merasakan kerja-kerja yang perlu dibereskan seolah tidak penting, sehinggakan ada yang sengaja melangkaui deadline yang ditetapkan.

Saya menghukum dengan kaedah 'kulliyyah' (kesemua-an) kerana rata-rata manusia sekeliling saya berperilakuan sedemikian. Saya tidak berapa ingat apakah tujuan asal ungkapan di atas 'lahir', tetapi apa yang pasti, ia tidak sesekali boleh dijadikan panduan di dalam sesebuah persatuan atau gerakan. Anda lambat, andalah yang akan ketinggalan. Anda terlepas deadline, andalah yang akan panas terkena leteran.

Sikap acuh tak acuh dalam menyiapkan kerja adalah tidak digalakkan. Allah sendiri menyukai mereka yang membuat kerja dengan itqan, dan saya yakin melangkaui deadline tidak termasuk dalam sesuatu yang Allah sukai ini.

Lebih tepat, anda perlu cepat dan selamat atau biar cepat asal selamat. Jangan risau, anda tidak akan melanggar apa-apa. Anda tidak akan terlibat dalam kemalangan jalan raya yang selalunya kerap kali berlaku lewat musim perayaan ini. Jika di sana anda terasa ada objek asing yang hampir dilanggar, ia hanyalah deadline.

Seperti juga di dalam ibadat Ramadan. Bergoyang kaki sahaja adalah suatu pembaziran waktu. 30 hari adalah suatu masa yang cukup pendek jika tidak dimanfaatkan sebaiknya. Andai anda sendiri tidak merebut peluang keemasan, sekali di dalam setahun ini, andalah yang akan rugi. Nah, lihat. Sekarang kita sudah pun berada di suku akhir liga perlawanan hawa nafsu. Beruntunglah bagi mereka yang bersedekah, beribadat malam, dan bertadarus. Dan amat rugilah bagi mereka yang bergoyang kaki.

Lailatul Qadar diriwayatkan berada di sepuluh malam terakhir (ada juga riwayat yang mengatakan di malam ke-27) maka, andaikan anda masih lagi di tahap lama, slow and steady, anda sendirilah yang akan kerugian gandaan seribu bulan itu. Usah tunggu dan lihat. Ini bukan eksperimen.

Ringkasnya, sudah tentu manusia perlu bersabar dan bertolak-ansur, atau lebih tepat - berlambat-lambat pada sesetengah perkara. Pun begitu, di dalam sesetengah perkara yang lainnya, ia tidak boleh dijadikan asas atau tulang belakang. Andai di dalam semua hal anda mahu berlambat, lebih baik anda hidup
di celahan daun bersama siput-siput atau di Kepulauan Galapagos bersama kura-kura gergasinya.

Hiduplah seiring zaman. Tidak pernah saya ragui bahawa anda, sebagai manusia yang punya akal, mampu memikirkan.

13 September 2008

Deadline/Dateline?

Perkataan DATELINE digunakan hari ini terutamanya untuk melabel teks berita bercetak yang menunjukkan di mana dan - kadang-kadang - bila ia ditulis. Sebagai CONTOH, selepas headline tentang sesebuah peristiwa di Kenya, DATELINE boleh jadi ditulis: "NAIROBI, Kenya, Jun, 2010."

Sebahagian daripada kita tertukar penggunaannya dengan DEADLINE, yang bererti tarikh sesuatu perlu dilangsaikan, disiapkan. Anda boleh terlepas DEADLINE, tepati DEADLINE, atau perlu menguruskan sesuatu dalam masa DEADLINE yang singkat - tapi bukan DATELINE.

p.s: Maaf ye, abang Warsmanus. Jangan terasa ya!
angkatkening
p.p.s: Rujuk Han Ri Studio v2 untuk artikel asal.

01 September 2008

Salam Ramadhan 1429H



Han Ri Studio mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua, mudah-mudahan thabat memperbanyakkan amal ibadat. Ambillah peluang secukupnya untuk mengutip seberapa banyak pahala yang boleh di samping menjauhi segala bentuk maksiat yang menatijahkan dosa.

Ramadhan rahmat, bulan berkat. Ahlan wa sahlan wa marhaban, ya Ramadhan!

p.s: Grafik di atas ialah testimonial khas untuk/dari testi.iluvislam.com sempena Ramadhan al-Mubarak. Gambar telah dimanipulasi daripada permainan video keluaran Square Enix, The Last Remnant.

p.p.s: Klik di sini untuk melihat koleksi testi/komen yang telah dipos ke testi.iluvislam.com (akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

26 Ogos 2008

Komik (pdf) Pertama


Setelah mengekang mata hampir satu malam, berjaya saya siapkan koleksi kartun dalam bentuk PDF (memerlukan Adobe Reader untuk membacanya) yang dinamakan Han Ri Collectibles Comics (HCC). HCC ialah kompilasi karya-karya yang sudah siap, separa siap, tak siap, tergendala, WIP (work in progress) dan lain-lain.

Mahu baca? Muat turun di
sini. Anda perlu ikuti langkah-langkah yang telah saya tuliskan di situ untuk mendapatkan fail pdf dengan tiada menghadapi apa-apa masalah, insya-Allah.

Sila kemukakan soalan, pada bahagian komentar di bawah entri ini, jika ada kemusykilan semasa memuat-turun. Saya akan cuba bantu.


Kemaskini - 4:32 PM. Pautan (link) sudah diperbaiki. Anda tidak perlu muat-turun 7-Zip. Cukup sekadar WinRAR atau WinZIP. Terus ekstrak selepas muat-turun fail bersaiz 12Mb. Segala kesulitan amat dikesali.

22 Ogos 2008

Catatan Sebelum Ramadhan

EGP '08 - PMHK kali ke-51 - Eksekutif Penghargaan

Dua hari lepas, usai sudah Ekspo Gempak PMRAM (EGP) sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-51. Saya tak mau mengulas panjang tentang program mega ini. Cukup melahirkan rasa syukur kerana ia sudah berakhir. Akhirnya!

Sebagai Ketua Eksekutif Penghargaan (yang menguruskan bahagian cenderahati, hadiah, dan sekutunya), saya menarik nafas selega-leganya sebaik habis program tersebut. Letih adalah perkara biasa dalam berprogram. Saya tak kisah. Namun, perlu diingat, kita tidaklah digalakkan membuat kerja sendirian (seperti yang terjadi pada saya :>). Bekerjasamalah sekali dengan AJK. Saya tersilap. Menjangka bahawa unit Penghargaan tidaklah memerlukan banyak 'orang bawahan'. Rupanya, ia antara yang memerlukan ramai tenaga kerja!

Sebab itulah saya katakan tadi, menarik nafas selega-leganya. Tugasan selepas ini seperti biasa, tidak memerlukan tenaga yang banyak. Anda boleh agak? Highlight perkataan di bawah.

Laporan.


Projek Lagi - Battleball: Another Story

Mungkin ini siri kartun terakhir akan saya lukis untuk tahun ini. Ingat lagi tak pada iklan Battleball.inc saya hari tu? Entah macam mana sudah futur idea untuk menyambungnya. Sekarang datang pula idea lain untuk melukis, tapi masih bertapak pada siri itu. Saya namakan siri ini Battleball: Another Story (BBAS). Hmm, macam-macam imaginasi pelik sehari dua ni, ya.

Berbeza dengan Battleball.inc, BBAS mengisahkan dua orang budak belasan tahun yang memiliki Battleball (BB) lagenda yang mempunyai kuasa dan potensi luar biasa. Seperti Battleball.inc, dua orang remaja ini (dinamakan Aki dan Garet) dikatakan istimewa kerana mahir mengawal BB pada umur yang muda (umur standard untuk mengawal BB dengan mahir ialah 21).

Nak dijadikan cerita, dua orang remaja ini akan berhadapan dengan seorang lagi budak belasan tahun yang memiliki kehebatan yang jauh lebih hebat daripada mereka. Remaja bernama Jed ini memimpin sebuah organisasi yang mahu memimpin dunia! Sangat tipikal, bukan? Hehe.

Komik ini tidak akan dilukis secara terperinci (detailed). Sekadar conteng-contengan saja, tapi masih boleh dibaca (sudah tentulah!). Doakanlah ia tak futur (sekali lagi).


Sampaikan Kami Ke Ramadhan

Beberapa minggu lalu saya menerima berita pemergian Pengetua Maahad Al-Islah, Sungai Lampam, Ustaz Hj Sulamuddin bin Hj Mansor. Disampaikan sendiri oleh bekas anak muridnya - abang saya.

Beberapa hari lepas saya dikhabarkan dengan pemergian seorang bekas pelajar Shoubra, Ustaz Azuan dari Terengganu, kerana masalah penyakit paru-paru.

Dan beberapa jam tadi, saya diberitahu tentang berita pemergian seorang pelajar Malaysia dari Syria yang baru datang untuk belajar di Tanta, Mesir. Dikhabarkan bahawa Allahyarham datang ke Mesir bersama ibu. Baru dua hari ibunya balik ke Malaysia, Allah telah menjemputnya.

Selepas entri ini ditulis, lebih kurang seminggu saja lagi untuk sampai ke bulan penuh berkat, Ramadhan. Sekalung al-Fatihah buat semua, semoga roh mereka dicucuri rahmat. Allahumma ballighna Ramadhan.