The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

01 Oktober 2008

Hari Raya: Konsep Kemaafan yang Disalah-ertikan



Saya mulakan entri pendek kali ini dengan ucapan Salam Eid al-Fitri kepada semua. Dan sudah tentu ucapan selepasnya 'maaf zahir batin'. Betul?

Iya, kita digalakkan bermaafan sebagaimana yang dianjurkan baginda Nabi S.A.W: "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturrahmi, nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikan-Nya." Dan di sini saya ingin timbulkan satu persoalan.

Adakah bermaafan itu perlu dikhususkan pada satu (atau dua) kali saja untuk setahun? Tibanya raya, bermaafan. Selepasnya, sambung perbalahan.

Saya lihat item ini telah menjadi adat kepada masyarakat Melayu. Ya, saya tidak pernah mahu untuk mempertikaikan bahawa bermaafan di hari raya itu sesuatu yang baik atau tidak. Anda sudah tahu jawapannya. Apa yang saya ingin ketengahkan di sini ialah konsep bermaafan di dalam Islam yang disalah-ertikan oleh kita.

Just in case anda terlupa, Islam menggalakkan umatnya bermaafan dan mendamaikan antara dua pihak yang berbalah, mudah-mudahan mereka bermaafan. Sabda Nabi:
"Mahukah kamu tahu tentang pahala yang lebih utama, dari pahala solat, puasa dan sedekah!" Para sahabat menjawab: "Sudah tentu, ya Rasulullah!" Baginda bersabda: "Mendamaikan antara dua orang yang berselisih, kerana perselisihan antara dua manusia itulah yang membawa kehancuran."

Sebetulnya, jadikanlah hari raya sebagai suatu peringatan (reminder) kepada diri yang selalu alpa, acap kali tidak dapat mengawal nafsu marah, bahawa kita sebagai Muslim perlu hidup bermaafan, bukan menjadikannya Hari Meminta Maaf. Islam itu syumul, meluas, maka jangan sempitkannya. Amatlah tidak logik menjadikan satu (atau dua) hari sahaja untuk bermaafan. Ke mana perginya lebihan 364 hari lagi?

Sama-samalah kita renungkan.

25 September 2008

Demi Cinta ep 1 m/s 1,2


Sempat lagi melukis di masa kerja sudah memuncak. Haha. Apapun, terimalah seadanya. Demi Cinta, mukasurat pertama dan kedua; siri ini dilukis menggunakan pensel mekanikal sahaja (tidak dilapiskan dengan pen lukis - sebab tu comot semacam).

More to come.
sengihnampakgigi

22 September 2008

Demi Cinta

Akan muncul di kaca tv? Hahah.


Demi cinta, kusanggup dicerca.
Demi cinta, kurela dihina.
Dan demi cinta, aku lakukan segala.
Cinta agung, tiada tara.
Cinta Sang Pencipta,
bukan cinta manusia.

Wah, bila masa pula jadi puitis sebegini? Entahlah, bila kerja sudah memundak, fikiran semakin sukar untuk ditenangkan. Ramadan juga sudah hampir ke penghujung. Adakah ini Ramadan terbaik buat diri ini? Atau persis masa-masa lampau yang sarat dengan duka lara?

Only He knows.

21 September 2008

Lambat dan Cepat, Mana Pilihan Anda

Melayu sering di'momok'kan dengan ungkapan biar lambat asal selamat. 'Momokan' ini seakan menghantui keperibadian manusia Melayu pada hari ini. Masakan tidak, kebanyakannya merasakan kerja-kerja yang perlu dibereskan seolah tidak penting, sehinggakan ada yang sengaja melangkaui deadline yang ditetapkan.

Saya menghukum dengan kaedah 'kulliyyah' (kesemua-an) kerana rata-rata manusia sekeliling saya berperilakuan sedemikian. Saya tidak berapa ingat apakah tujuan asal ungkapan di atas 'lahir', tetapi apa yang pasti, ia tidak sesekali boleh dijadikan panduan di dalam sesebuah persatuan atau gerakan. Anda lambat, andalah yang akan ketinggalan. Anda terlepas deadline, andalah yang akan panas terkena leteran.

Sikap acuh tak acuh dalam menyiapkan kerja adalah tidak digalakkan. Allah sendiri menyukai mereka yang membuat kerja dengan itqan, dan saya yakin melangkaui deadline tidak termasuk dalam sesuatu yang Allah sukai ini.

Lebih tepat, anda perlu cepat dan selamat atau biar cepat asal selamat. Jangan risau, anda tidak akan melanggar apa-apa. Anda tidak akan terlibat dalam kemalangan jalan raya yang selalunya kerap kali berlaku lewat musim perayaan ini. Jika di sana anda terasa ada objek asing yang hampir dilanggar, ia hanyalah deadline.

Seperti juga di dalam ibadat Ramadan. Bergoyang kaki sahaja adalah suatu pembaziran waktu. 30 hari adalah suatu masa yang cukup pendek jika tidak dimanfaatkan sebaiknya. Andai anda sendiri tidak merebut peluang keemasan, sekali di dalam setahun ini, andalah yang akan rugi. Nah, lihat. Sekarang kita sudah pun berada di suku akhir liga perlawanan hawa nafsu. Beruntunglah bagi mereka yang bersedekah, beribadat malam, dan bertadarus. Dan amat rugilah bagi mereka yang bergoyang kaki.

Lailatul Qadar diriwayatkan berada di sepuluh malam terakhir (ada juga riwayat yang mengatakan di malam ke-27) maka, andaikan anda masih lagi di tahap lama, slow and steady, anda sendirilah yang akan kerugian gandaan seribu bulan itu. Usah tunggu dan lihat. Ini bukan eksperimen.

Ringkasnya, sudah tentu manusia perlu bersabar dan bertolak-ansur, atau lebih tepat - berlambat-lambat pada sesetengah perkara. Pun begitu, di dalam sesetengah perkara yang lainnya, ia tidak boleh dijadikan asas atau tulang belakang. Andai di dalam semua hal anda mahu berlambat, lebih baik anda hidup
di celahan daun bersama siput-siput atau di Kepulauan Galapagos bersama kura-kura gergasinya.

Hiduplah seiring zaman. Tidak pernah saya ragui bahawa anda, sebagai manusia yang punya akal, mampu memikirkan.