S: Mengapa anda namakan kartun ini - Demi Cinta?
J: Sebelum menjawab, adakah anda sudah membacanya? Jika belum, sila baca dahulu. Jika sudah, anda tentu sudah mendapat sedikit jawapan tentangnya. Sudah tentulah, jika saya berikan jawapan penuh, pasti cerita ini akan 'basi'!
S: Watak Zik ada iras muka pelukis sendiri. Disengajakan?
J: Iyakah? Jika anda follow lukisan-lukisan saya sebelum ini, pasti anda akan melihat stail muka yang sama. Bukan bermakna melukis diri sendiri atau syok sendiri, tapi lebih mudah melukis benda yang selalu dilukis. Kalau ada iras, mungkin kebetulan.
S: Boleh tahu siapa nama gadis berambut pendek?
J: Tak boleh. Tunggu dan lihat.
S: Adakah watak Ain betul-betul wujud dan ada hubungan kekeluargaan (sepupu) dengan pelukis?
J: Ya, manusia bernama Ain memang wujud di Bumi ini, tapi tidak ada satu pun sepupu saya bernama Ain.
S: Anda menyifatkan Demi Cinta sebagai tempat luahan perasaan anda? Cinta yang tak kesampaian?
J: Ha? Anda masih belum baca hingga tamat, anda sudah pun buat konklusinya! Tidak, saya tidak bersetuju sama sekali dengan soalan ini. Tempat luahan perasaan, mungkin ya, tapi bukan cinta. Beginilah, saya sifatkan cerita ini sebagai kisah kekeluargaan. Noktah.
S: Ada hajat untuk dibukukan dan dipasarkan?
J: Ya, kalau boleh, tembus ke pasaran antarabangsa. Bukankah sudah diberitahu dalam entri sebelum ini? Untuk diri sendiri, ya. Dijual, tidak.
S: Boleh bukukan dan jual untuk saya?
J: ...
>>End of discussion.
P/S: Sila utarakan di ruangan komen jika ada soalan yang anda ingin ajukan. Terima kasih.
The Bloglord
- Mior Khabir Zikri
- Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.
01 Disember 2008
29 November 2008
Demi Cinta ep 1 m/s 9,10
Pujian bagi Tuhan. Berjaya juga saya siapkan.
Episod 1 Demi Cinta untuk tatapan.
Mengapa pula berpantun-pantunan?
Selesai 10 muka surat dilukis. Pelbagai komentar diterima. Antaranya, ada yang bertanya adakah kisah ini berkisar kehidupan pelukis sendiri, ada yang mengatakan watak utama ada iras pelukis, ada juga yang bertanya adakah kisah ini akan dibukukan, lantas dijual.
Ya dan tidak ialah jawapan bagi ketiga-tiga soalan di atas. Ya, ada sedikit diselitkan kehidupan pelukis sendiri tapi tidak sepenuhnya. Ya, mungkin ada iras, tapi bila diteliti semula, tidak ada banyak persamaan - janggut, mungkin
. Dibukukan untuk simpanan peribadi, ya. Untuk dijual, tidak. Sebabnya? Ada la.. hehe. Anyways, ladies and gentlemen, I give you...
Ya dan tidak ialah jawapan bagi ketiga-tiga soalan di atas. Ya, ada sedikit diselitkan kehidupan pelukis sendiri tapi tidak sepenuhnya. Ya, mungkin ada iras, tapi bila diteliti semula, tidak ada banyak persamaan - janggut, mungkin
27 November 2008
Paranoid!
Bila anda sudah memiliki sesuatu yang sangat berharga, pasti terselit, jika tidak banyak, sedikit rasa takut. Takutkan apa?
Kehilangannya. Anda sudah jadi paranoid.
Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin akan melakukan sesuatu di luar jangka untuk mempertahankan apa yang telah anda kecapi. Anda akan lakukan segala bentuk pengorbanan yang tidak pernah anda buat sebelum ini. Segalanya kerana 'benda' yang amat berharga tersebut. Dan perkara ini sedang berlaku pada diri saya.
Allahummansurni wansur man uhibb. Wa thabbit quluubana 'alaa deenika wa 'alaa to'atik!

PP/S: Versi Inggeris di sini.

22 November 2008
Demi Cinta ep 1 m/s 7,8
20 November 2008
Selamat Berjuang!

Langgan:
Catatan (Atom)