The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

06 Februari 2009

Evolusi? Resolusi? Demonstrasi? Atau... Reformasi?


Zionisme: adakah sudah menular ke Malaysia?

Perak - Bertukar Gangsa atau Emas?

Masih menunggu-nunggu berita tentang Perak. Krisis meruncing. Kerajaan baru PR dilanda sebegitu besar ujian. Mampukah menahan penangan taufan ributan?

Yang mana menang, itu tidak penting. Kebenaran pasti akan muncul. Mungkin anda juga merasakan pelik, mengapa yang 'bertangan merah' diangkat menjadi pemimpin? Demokrasi di Malaysia, inikah dia?

Sedangkan Thailand yang tidak declare negara Islam pun mampu menjatuhkan kerajaan dengan kuasa rakyat.

Atau... adakah sudah ada pihak yang sedar akan kehebatan kuasa rakyat, dan bertindak sewenang-wenangnya untuk tidak menjadikan rakyat sebagai pemilih ketua dan pemimpin mereka? Dengan cara yang bagaimana pun, pihak tersebut, dengan gejolak nafsunya mahu merampas semula takhta yang suatu ketika pernah menjadi miliknya.

Kalau begitu, pihak tersebut memang bacul. Siapa mahu pemimpin bacul, sila angkat tangan. Yang angkat tangan tu pun, boleh jadi, sama bacul.

Evolusi

Mahu bertukar. Dari buruk kepada baik. Kepada yang lebih baik. Mungkin tidak yang terbaik, tapi, siapa tahu, kan? Dalam pada asyik sibuk memperbaiki diri, rasa marah masih tidak mampu dikawal sepenuhnya. Keluar dari mulut dan anggota badan, mungkin tidak. Tapi jari-jemari ini masih galak menyalurkan rasa geram dengan sifat mereka yang berada di sekeliling.

Pada apa?

Pada apa lagi, pada papan-papan dunia tanpa sempadan inilah! Masa untuk belajar memang betul-betul terganggu dek mereka yang masih enggan memahami. Nak tegur, sudah banyak kali. Nak tengking, sudah besar panjang. Enggan pula mahu memulakan perbalahan, nanti ada hati yang tidak senang.

Cukuplah dengan hiburan yang melampau, sahabat. Ladenilah kitab-kitab yang telah dibeli, yang bukan seringgit dua harganya, yang bukan sehelai dua tebalnya.

Cukuplah.

05 Februari 2009

Akhirannya...


Pernah sekali saya bermimpi terjadi seperti ilustrasi di atas. Ditusuk di dada kiri dengan alat semacam tombak. Seakan menghampiri saat kematian. Sudah lama rasanya saya alami mimpi ini. Mungkin sebelum memasuki tingkatan 5. Oh ya, pernah sekali lagi bermimpi semacam ini. Di waktu saya darjah 4 atau 5. Tak ingat. Sudah pudar.

Yang masih segar di ingatan ialah sedar-sedar saja dari tidur, terasa pedih di dada kiri, seakan ia betul-betul ditusuk sesuatu yang tajam. Sangat menyakitkan sampai meleleh air mata.

Ya, saya pernah memberitahu seseorang. Saya ingin mati dibunuh. Mati terkorban di jalan-Nya. Namun saya masih tidak pasti. Adakah saya bisa gagah untuk segala yang bakal diharung? Adakah saya mampu mempersiapkan diri untuk menghadapinya?

"Tutuplah kisah hidupku dengan penutup yang baik, ya Allah. Dan aku merayu pada-Mu, agar janganlah Engkau mengakhirinya dengan kesudahan yang buruk."

04 Februari 2009

Bangkit Semula!

Seminggu dua berada dalam keadaan yang agak down. Badan bermasalah, selepas satu penyakit hilang, penyakit lain bertandang. Demam. Habis demam, selesema. Lepas tu diarrhea. Fizikal dan mental memang down! Memang perlukan sokongan dari teman untuk melegakan dan membuat hati lapang. Namun, tunggu punya tunggu, tiada satu pun datang. Mengharap pula pada insan-insan tersayang. Tiada juga menampakkan bayang.

Mujur Abah menelefon memberi khabaran.
"Keluarga di tanah air semuanya dalam kesihatan.
Janganlah Angah, jangan kebimbangan.
Diam di sana hanya lagi beberapa bulan.
Tak lama kemudian kami nantikan kepulangan."

Pada Abah saya khabarkan.
"Kesihatan diri tidak berapa keruan.
Kepala berat asyik kepeningan."
Abah membalas, agak sindiran.
"Biasalah, agak lama duduk berjauhan.
Tak hairanlah kalau sudah kerinduan.
Sekejap demam, sekejap mampu ditahan.
Jagalah diri, jaga keselamatan.
Belajar di sana biar bersungguhan.
Biar balik dalam kejayaan."

Kata Abah jadi kekuatan.
Pada saya untuk kembali berjalan.
Jalan ini bukan sekadar jalan.
Ini jalan menuju kejayaan.
Mimpi bukan sekadar impian.
Mimpi untuk dijadikan kenyataan!


*Sesi memberi semangat kepada diri, tamat.*
**Sesi memberi tenaga bermula. Nights ;) **

"I am not powerful and agile,
But just too slothful and fragile.
Need people to take care and pamper,
and to rearrange myself,
my life in the most proper."

-Unbeknown

27 Januari 2009

Hati oh Hati, Tabahlah!


Seringkali didengari pepatah Inggeris: absence makes heart grow fonder. Semasa di darjah dua, saya tidak pernah dapat memahami makna dua perkataan pada pepatah ini iaitu absence dan fonder. Sekarang, saya sudah mampu memahami keseluruhannya. Bagaimana?

!من لم يذق لم يدري

Untuk lebih memahami sesuatu, anda perlu merasainya! Hati ini makin rindu pada kampung halaman, suasana aman Taman Desa Bakti.


Ya Tuhan, tabahkanlah hatiku. T_T

26 Januari 2009

Ingatlah


Kurang sihat seminggu dua ni. Di kesempatan ini, saya mengajak diri dan sidang pembaca agar sentiasa ingat kepada Tuhan empunya dunia. Tanpa cinta dan kasih-Nya, kita yang sering berbuat noda tentu telah lama mendapat seksa.

Sama-sama luangkan masa untuk beristighfar, semoga diri yang sarat dosa diampuni Al-Ghaffar.