Kegersangan idea dan ketiadaan masa untuk membuat bahan sebagai isi entri blog menyebabkan saya kurang bersemangat untuk menulis di blog.
Bukan itu sahaja. Sakit yang datang menjelma secara agak tiba-tiba ini pun boleh jadi salah satu punca blog ini ditinggalkan agak berhabuk.
Nah, fuh! Habuk hilang.
Saya sekarang dalam tempoh cuti tanpa gaji selama sebulan. Ramai anak murid yang bermesej, tidak kiralah melalui YM atau Facebook atau sistem mesej sependek-pendeknya (SMS) yang bertanyakan mengapa tidak datang. Tidak kurang juga yang mengeluh kerana tidak seronok andai tiada saya di sana.
Saya tergelak sendirian. Seronok? Saya antara guru paling garang di sana. Bagaimana boleh mereka kata seronok? Barangkali mereka seronok melihat rakan mereka yang nakal dimarahi saya. Mungkin begitu?
Mungkin juga mereka sudah mula merindui saya. Haha, perasan saja.
Menjelang minggu kedua saya terlantar di rumah kerana penyakit kulit, saya sudah semakin susut. Apa tidaknya, makan pun sehari sekali. Sudahlah sehari sekali, sekali makan pun tak sampai dua suap. Selera hilang tahap melampau.
Semalam sempat ke sekolah sekejap untuk memulangkan kamera dan laptop. Bila ada guru terlihat kelibat saya, terus dikatakan saya sudah susut. Ya, berjaya akhirnya untuk saya kurus. Harganya bukanlah mahal. Tiada wang ringgit yang perlu dikeluarkan. Hanya perlu mengerang kesakitan di rumah. Haha!
Apa yang dirunsingkan ialah sebaik saja sihat nanti, adakah saya akan kembali berisi seperti sebelum ini? Oh, harapnya tidak. Perlulah saya menjaga pemakanan. Ya, perlu.
Sehari sekali, kurang dua suap sekali makan!
The Bloglord
- Mior Khabir Zikri
- Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.
03 Jun 2010
13 Mei 2010
Mengapa Guru?
Sebelum menjejakkan kaki semula ke bumi Al-Munir, tempat saya menggali berlian ilmu bersama cangkul usaha, saya terasa ragu-ragu. Adakah diri ini sudah bersedia mendidik anak bangsa?
Menjadi guru bukanlah prioriti utama saya, pada mulanya. Saya mahu jadi lebih hebat daripada itu. Pernah saya berangan-angan menjadi professor atau pensyarah di universiti-universiti tempatan.
Dalam kebingungan, saya menulis surat permohonan menjadi guru sementara. Entah bila akan bersara kerana mahu menyambung pengajian.
--
Itu cerita lampau. Hampir setengah tahun menjadi guru menyebabkan saya mula mengenali siapa diri saya yang sebenar. Menjadikan saya insan yang mahu menghargai mereka yang bakal menjadi pemimpin negara. Mahu mendidik agar mereka lebih baik daripada diri saya.
Saya tidak kisah tentang gaji. Guru-guru sekolah swasta (lebih-lebih lagi guru sekolah agama) memang selalu mendapat gaji yang rendah. Entahlah, saya tidak faham dengan kerajaan Malaysia. Sibuk sahaja mengaku negara Islam, presiden OIC.
Apa yang penting ialah kesungguhan mereka untuk belajar. Saya tidak mahukan hadiah di Hari Guru kerana saya boleh bilang berapa kali saya memberi hadiah untuk guru semasa saya masih belajar (alasan sahaja, he he). Saya belum rasa layak lagi untuk mendapat hadiah sebagai guru kerana saya masih baharu dalam bidang ini.
Memberi hadiah kepada guru di Hari Guru bukanlah salah, tetapi bukanlah wajib. Jangan pula nanti ada anak-anak murid yang mencebik masam kerana ayah ibu tidak mampu membeli hadiah untuk guru-guru kesayangan mereka yang comel-comel (he he). Tidak perlu beri hadiah pun tidak mengapa, asalkan guru itu dihargai.
Ketahuilah, hanya kejayaan anak-anak muridnya di dunia dan akhirat mampu menjadi hadiah paling manis buat setiap guru.
--
Dan entah, mungkin saya akan setia menjadi guru, sampailah suatu masa yang Dia tetapkan. ;)

SELAMAT HARI GURU.
30 April 2010
Kemaskinilah!
Sebenarnya jiwa memberontak untuk mengemaskini blog ini. Malangnya, masa tidak mengizinkan. Kertas soalan perlu disunting dan dihantar esok.
Tunggulah. Ada jodoh, kita kan bertemu lagi.
30 Mac 2010
Katakan 'YA' Pada Nikah

Ya! Zul Ikhwan Zahari berbicara bab nikah. Ezzat Afiq pun sama telah berkisah. Jangan cik abang, jangan melatah. Ini entri bicara telatah. Telatah dan ragam di dalam jemaah. Maaf didahulu andainya tersalah.
Nikah. Bicara tentangnya sudah panjang lebar tercatat di dalam Kitabullah. Persoalan yang paling kerap timbul di dalam benak setiap lelaki antaranya ialah: bersediakah aku untuk menjadi suami?
Pernikahan bukanlah sekadar lafaz akad di hadapan tok kadi, diperhatikan oleh wali-wali nikah. Saya percaya ia lebih dari itu, walaupun saya masih belum bergelar 'suami'. Diakui dan terbukti, ramai yang tahu teorinya sahaja - tentang tanggungjawab suami - tetapi secara praktikal atau amalinya, mereka cakap tidak serupa bikin. Kadang-kadang mereka yang bertaraf imam - atau yang lebih tahu hukum daripada orang-orang biasa - mengabaikan tanggungjawab ini.
Dan terkadang, saya juga menepuk iman, bertanya pada diri: adakah sudah layak gelaran suami itu saya pegang?
Senario masyarakat kita, sebolehnya tidak mahu bernikah sewaktu belajar. Ibu bapa juga ramai yang berpegang dengan ideologi sedemikian. Barangkali hampir 90 peratus ibu bapa berfikiran begitu. Mereka mahu tunggu, dan tunggu hingga habis belajar.
Dari satu sudut, memanglah tidak salah menunggu untuk habis belajar. Salah satu alasan yang amat kerap dilontarkan ialah pernikahan mungkin mengganggu pembelajaran. Tanggungjawab harus dibahagikan antara masa belajar, masa persatuan (jika ada), dan masa untuk keluarga.
Tetapi jika dipandang dari sudut yang lain, jika anda, sebagai seorang ayah - atau ibu - tahu anak anda sudah berkenan pada seseorang, dan dia masih belajar di universiti contohnya, adakah anda akan:
- Menghalang hubungannya? Ini hanya akan membawa kepada pemberontakan. Anak-anak remaja bukannya budak-budak yang boleh dimarahi begitu sahaja. Bila begini, mulalah berlaku anak lari dari rumah, kahwin lari, atau membawa diri.Tetapi tidaklah sampai berlumba lari.
- Meredai hubungannya? Oh tidak! Anda sebagai orang tua kepada anak anda perlu bertanggungjawab di atas isu ini. Ia bukan sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata. Meredai hubungan haram anak anda dengan gadis - atau pemuda - kesayangannya bererti anda telah menodai tanggungjawab yang Allah taklifkan ke atas anda!
Apa lagi? Katakan 'YA!' pada nikah.
19 Mac 2010
Projek Button Badge Pertama
Ya, alhamdulillah. Dalam diam tidak mengemaskini blog ini, saya sebenarnya sedang sibuk memikirkan sesuatu untuk memberi kelainan kepada bekas sekolah rendah saya, Al-Munir.
Tampaknya Allah telah memberi keizinan tersebut. Syukur. Button badge yang disiapkan sendiri rekabentuknya (empat jenis rekabentuk kesemuanya) telah selamat dipos ke rumah pagi tadi. Kasihan abang Pos Laju, menekan hon tidak henti-hentian selama 15 minit, dek asyik bermain permainan video, baharulah tersedar ada sesuatu yang dikirim kepada saya hari ini.
Apapun, button badge ini hanya dijual buat warga Al-Munir. Harganya? Rahsia. :)
Kredit untuk Freshie, Alias Chik, dan Thahar (ketiga-tiga nama ini ialah antara designer hebat iluvislam.com).
Langgan:
Catatan (Atom)