The Bloglord
- Mior Khabir Zikri
- Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.
26 Ogos 2008
Komik (pdf) Pertama
Setelah mengekang mata hampir satu malam, berjaya saya siapkan koleksi kartun dalam bentuk PDF (memerlukan Adobe Reader untuk membacanya) yang dinamakan Han Ri Collectibles Comics (HCC). HCC ialah kompilasi karya-karya yang sudah siap, separa siap, tak siap, tergendala, WIP (work in progress) dan lain-lain.
Mahu baca? Muat turun di sini. Anda perlu ikuti langkah-langkah yang telah saya tuliskan di situ untuk mendapatkan fail pdf dengan tiada menghadapi apa-apa masalah, insya-Allah.
Sila kemukakan soalan, pada bahagian komentar di bawah entri ini, jika ada kemusykilan semasa memuat-turun. Saya akan cuba bantu.
Kemaskini - 4:32 PM. Pautan (link) sudah diperbaiki. Anda tidak perlu muat-turun 7-Zip. Cukup sekadar WinRAR atau WinZIP. Terus ekstrak selepas muat-turun fail bersaiz 12Mb. Segala kesulitan amat dikesali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
Tahniah, makin maju :)
Alah, sikit je ni. Suka-suka. Dah Alwan Mini tak keluar-keluar... Hehe. Testing je ni, untuk buat Mini Fityan nanti. :D
minta izin nak download ya?
eh, pakai 7 zip? apa kelebihannya
Download je sifu. Kelebihan 7zip, boleh ultra compress file. Daripada 300 Mb boleh jadi puluh2 je.
Tapi malangnya, masih tak reti lagi membuatnya. Split volume boleh lah.
lambatnya internet ni, hu3
abg mior email kt ain leh x?
Ish, mana boleh. Kat sini pun ingatkan cepat ke internet?
Hehe.
dah download dan install, tapi macam mana nak pakai? klik kanan lepas itu?
tak retilah saya bab teknologi ni.
Klik kanan pada salah satu daripada 5 fail tu > 7-Zip > Open Archive dan ekstrak. Kalau tak jadi, file corrupt, atau lain-lain, beritahu ya. Saya pun baharu mahu mencuba teknik split volume ni.
Kalau ada apa-apa masalah, saya akan muatnaik semula semua fail tu.
Maaf semua! Pautan (link) sudah dikemas-kini. Muat-turun saja fail WinRAR dan ekstrak.
zikri~ :P
ni pdf yg wat smlm kn??
yg buat smbil ttido tu ye? ahahaha
ye la..sy download lah...
sibuk benor suh org download..ahaha
x segan ~~! :D
ms 12, 13, 15, 20
best, gerek!
Hehe. Yang lain tak baca ke, sifu? Apapun, terima kasih kerana sudi baca.
Any critics are welcomed.
salam...
wah2,makin kehadapan KE ni..TKE terkebelakang la gamaknya...
Manusia takkan terkebalakang. Zaman yang terkehadapan. Sebab itu wujudnya perkataan 'ketinggalan'.
:D
akum, nak promote zine di kat website kiteorg bleh?
Silakan meo! No hal nye :D sori lambat balas. tak perasan la pulak
Catat Ulasan