Anywez, kat bawah ni ada sikit proses pembuatan testi. Khas untuk viewers blog ni. Hehe. Enjoy lah walaupun tak seberapa sangat pun lukisannya. Komik Demi Cinta ditangguhkan buat sementara waktu sebab tengah malas, hoho. Sabarlah ya, kepada yang bertanya dan yang sering ternanti-nanti (ceh, berangan ada peminat setia).
*Ungkapan yang selalu saudara Yahya ucapkan suatu masa dahulu.
1. Hasil scan. Sketch kasar. Telah dimodifikasi sedikit.
2. Selepas dibersihkan sedikit, ditebalkan dengan pen tool (inking), dan dijalankan penukaran levels, brightness and contrast.
3. Selesai coloring dan shading. Ringkas je.
4. Selepas ditambah latar belakang awanan, efek dedaun, dan rerumput. Warna rambut tu ditukar sebab nampak macam lebih sesuai hitam (nanti kuning, orang kata Naruto pulak hehe). Coloring ditambah sikit jika dirasakan ada yang kurang kena dengan taste.
3 ulasan:
wow. step by step nih.
mcmana nko buat awan yer?
Awan senang je. Search google. Cloud brush.
wah..lawa die nye result..bleh bljr ni.
Catat Ulasan