Masih tak puas hati dengan lukisan maskot yang berbaju biru sebelum ni. Mahu cuba lagi scan lukisan. Tapi mengapalah saya terlalu malas dalam proses mendakwat/inking? Ah, guna pensel saja sudah cukup. Haha.
Gambar di atas sebenarnya mahu dijadikan testi di iluvislam.com sempena Aidiladha. Tapi oleh kerana ia terlalu hodoh, saya batalkan niat di hati. Ya, ia hodoh, bagi saya. Kenapa? Sebab ia tak bersih. Kotor. Comot. Apa lagi nak dikata?
p/s: Mana-mana team Designer iLi yang nak guna lukisan ni, bolehlah ambil. Sesiapa pun boleh ambil. Di sini, segalanya gratis, asalkan jangan disalahguna, ya!
7 ulasan:
lor, kalu da pakai pensel je memang la comot
meh bagi saya ink-kan lukisan nih, pastu sambung wat testi iluvislam nih~
ding dong ah... cenggini lawa nie...
btw.. yg pakai spek tue encik hanri ke? si gadis sblh tue sape?
E.A, sila, sila. Buatkan terus testinya. Siap dengan kata-kata ke, apa ke. Nanti saya poskan di testi.iluvislam.com. Kredit akan diberikan atas nama Agent E.A. :)
YAB Meo, memang comotlah yang ni. Tak berapa jelas stroke-nya. Tak di-edit dengan betul, huhu. Erk, saya tak pakai songkok. Kalau YAB jumpa saya, pasti akan terjumpa dalam keadaan memakai lebai atau tiada apa-apa alas di kepala. Songkok tidak, jadi konklusinya, si pemakai spek itu bukan saya orangnya. :D
salam.. sudi2lah kiranya menjenguk hasil karya saya yg tidak seberapa..harapkan komentar dr hanri..;p
biasanya org yg melukis gmbr psgn lelaki dan perempuan seperti ini mempunyai petanda2 dia kan berpasangan xlama lagi. wahhaha. kerana feeling pelukis biasanya diterjemah ke dlm lukisan. wahhaha
Ah, sudah. Freshie mula mentakwil diriku! Lari!
cute pict tu, sya minta izin utk buat pic profile kt FB sya..:D TQ.
Catat Ulasan