(dari kiri: Nina, Elementalis, dan Roy a.k.a Orang Kaya)
- Yang ini pula orang jahat. Nak buat ramai lagi, tapi jenuh mencari idea, tak terjumpa-jumpa.
- Dari dulu nak cuba-cuba lukis kimono. Baharu sekarang menjadi. Menjadi pun, comot! (nada tak puas hati)
- Saya, pada masa muda remaja, selalu main permainan video Digimon. Apa kaitannya dengan gambar di atas? Cuba teka.
- Kebetulan saya sudah kekeringan idea, setelah melihat watak yang di tengah, saya namakan watak di kanan - Roy. Sekali lagi, apa kaitan kedua-duanya?
- Jika anda berjaya jawab dua soalan di atas, anda akan memenangi trip percuma perjalanan ke Hong Kong Disneyland bersama artis terkemuka di tanah air.
- Ehem. Gurau saja.
Kemaskini - 8 Disember: Elementalis akan mempunyai tiga mod iaitu mod api (default mode), mod batu, dan mod air. Macam-macam otak aku ni fikir.
Kemaskini - 8 Disember: Elementalis akan mempunyai tiga mod iaitu mod api (default mode), mod batu, dan mod air. Macam-macam otak aku ni fikir.
15 ulasan:
Saya merupakan peminat digimon 1 semasa kecik, tapi tidak pula bermain video gamenya..
Jadi saya tak tahu apa kena mengena dgn lukisan tersebut..
Aduh, terlepas trip ke Disneyland bersama artis..
Haha..
Haha, rugi Filsuf! Rugi! >:)
Lukisan yang mantap syeikh..;)
digimon? adakah ustz suka yamato??
Zaki, kau nak menuntut dengan aku? Jemput datang ke rumah, sambil-sambil baham jemput-jemput. Haha. Mantap? Karut.
Yamato? Apa kena mengena Yamato "Matt" Ishida dengan gambar ni? Saya lebih suka Taichii "Tai" Kamiya.
Dan Meramon. :)
Disneyland adalah geng Illuminati...
www.projectwakeup/The Arrival
Ya, ya. Illuminati. Mereka yang ke Hong Kong Disneyland bersama artis BRAND's tu mesti tak tahu tentang Illuminati.
dah agak dah...yg tgh tuh dilukis menyerupai meramon, berapi je kpale die tuh
saya minat andromon...sbb gaya die cam robocop~
oh sy langsung minat digimon atau ape2 mon mon yg lain kecuali doraemon
Ezzat, cuba Google "Imperialdramon Paladin Mode". Saya minat yang itulah pula. Hehe.
Ummu "langsung minat"? Wah ada 'gu' baru!
maaf tersalah tulis. "langsung xminat" sebenarnye. maaf
Huhu... Freshie dah keluarkan statemnet yg dia minat segala2 mon2, kcuali doraemon..
tp sygnye, dia tarik semula statement tersebut..
huhu..
Maknenye di sini, Ezzat memenangi trip percuma perjalanan ke Hong Kong Disneyland bersama artis terkemuka di tanah air!!
Tahniah!! haha..
Eh, Thahar. Ezzat baru jawab 1 soalan. Tak jawab pun, sebab saya dah bagi jawapan. Haha.
Tak apalah kak Ummu tarik balik kenyataan beliau. Kenyataan di sini tak masuk akhbar, jadi, jangan risau. Boleh tarik bila-bila.
itu bukan menarik balik kenyataan, itu pembetulan. ape2 sajelah. sy tidak kisah. bubarkan semuanya
Ya, bubarkan semuanya, termasuk DUN Perak! Bubar yeop, bubar!
Catat Ulasan